HUBUNGI: HASLINA (PENGEDAR UTURN KAJANG) - 013 380 8082 @ email - oneslina31@gmail.com dan SHAH (KELANTAN) - 013 984 4898
PENGENALAN
Daun Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai Antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Ia mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan disamping mengurangkan keletihan.
Tuesday, October 1, 2013
Friday, May 10, 2013
Testimonial Pengguna Belalai Gajah
Testimonials
Assalamualaikum wrt
Saya Muhammad Nur Shahir Bin Mat Husin berumur 24 tahun dari Seremban 2 telah disahkan oleh Doktor dari HKL menghidapi Diebetis sejak tahun 2009 dengan tahap kadar gula dalam darah yang sangat tinggi.
Ketika saya berumur 9 tahun, saya telah koma selama 6 bulan di Hospital Besar Seremban dan kemudian dikuarantin di Hospital Pediatrik HKL selama 1 tahun. kerana mengidap penyakit yang dipanggil APLASTIC ANEMIA iaitu kegagalan fungsi tulang untuk mengeluarkan semua jenis darah dalam badan dengan kata lain sum-sum tulang tidak bekerja. Ketika itu Doktor menyatakan saya hanya ada peluang untuk hidup sekitar cuma 20%.. Saya perlu mengambil steroid sejak umur 11 thn dan berhenti setelah umur 15 tahun.
Doktor mengesyorkan saya mengambil suntikan Insulin Cyclosporin dari Pediatrik HKL sebanyak 4 kali sehari dengan kadar 20ml pagi, 10ml tengahari, 10ml petang dan 10ml malam. Jika tanpa suntikan insulin, saya akan berasa lemah tak bermaya dan hanya tidur semata-mata.. Saya tidak mampu untuk buat sebarang kerja malah terpaksa berbaring sepanjang hari.
Namun begitu, setelah diperkenalkan dengan produk Belalai Gajah oleh En Hazmi Haron keluaran syarikat YOU DUN CHAO HEALTHCARE PRODUCTS SDN BHD, kini saya hanya perlu ambil suntikan insulin sebanyak 2 kali sahaja dan adakalanya hanya perlu sekali sehari sahaja.
Setelah 3 bulan saya ambil produk ini, saya rasa lebih sihat dan bertenaga dan mampu membantu ibu dan ayah saya berniaga di warung kami sepanjang hari. Saya amat yakin dan berterima kasih kepada pihak syarikat kerana dapat membantu dan mengurangkan bebanan kesihatan saya hari ini.
Saya ingin menyarankan kepada orangramai terutama penghidap Diabetis supaya mencuba mengambil produk Belalai Gajah keluaran syarikat You Dun Chao Healthcare Products Sdn Bhd tanpa ragu-ragu.
Sekian, inilah pengakuan saya secara sukarela tanpa sebarang paksaan oleh mana-mana pihak untuk dikongsi bersama pesakit- pesakit kronik yang lain. Selamat Mencuba.
Terima kasih.
Muhammad Nur Shahir Bin Mat Husin
No.KP: 880527-05-5277
Hp:017-6752701
Age: 18years
Health Problem: Nephrotic Syndrom (Kegagalan Buah Pinggang berfungsi)
Saya Nur Amirah berasal dari Taman Casuarina, Paroi, Negeri Sembilan telah disahkan menghidapi maslaah kesihatan diberi nama Nephrotic Syndrom sejak berumur 2 tahun lagi dan kemudian bebas sementara sehingga umur saya 14 tahun. Pada tahun 2010 yang lalu, penyakit yang sama menyerang saya lagi dimana saya mengalami masalah buang air kecil hingga menyebabkan anggota badan saya seperti kaki & tangan bengkak dan berat badan meningkat secara mendadak. Sepanjang tempoh tersebut saya terpaksa berulang alik ke hospital setiap bulan untuk mendapatkan rawatan lanjut dari doktor di hospital.
Sekitar pertengahan Februari 2012 sehingga hujung bulan Mac 2012 saya terpaksa dimasukkan ke wad di Hospital Besar Tunku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut kerana masalah kencing tak keluar. Saya terlantar di hospital tersebut selama 3 minggu dan hanya dibenarkan keluar setelah beransur sembuh dengan syarat mengulangi rawatan lanjut 2 minggu selepas keluar hospital dan dikehendaki dating untuk pemeriksaan seterusnya setiap bulan .
Namu begitu, setelah 3 hari keluar dari hospital, saya telah dipertemukan dengan En Hazmi Haron yang merupakan sahabat lama pakcik saya. En Hazmi telah memperkenalkan produk herba Uturn iaitu dalam bentuk daun segar dan Ekstrak Belalai Gajah dalam bentuk kapsul. Sejak menggunakan kedua-dua produk tersebut saya mula mendapati anggota badan saya yang bengkak selama ini semakin surut dan beransur-ansur pulih seperti sedia kala.
Semenjak bulan Mac 2012 sehingga kini awal bulan Ogos saya tidak lagi perlu masuk hospital setiap bulan dan menurut kata Doktor saya tidak lagi perlu mendapatkan rawatan pemeriksaan doktor setiap bulan cuma kini perlu hanya jumpa doktor setiap 2 bulan sekali sahaja. Manakala berat badan kini semakin turun berbanding daripada 116 kg 3 bulan lalu dan kini hanya 96 kg. Saya rasa semakin sihat dan kini sering membuang air kecil seperti orang normal.
Saya sangat bersyukur dan berasa sihat dan bebas melakukan aktiviti sukan seperti berjogging bersama rakan-rakan seperti biasa. Saya amat yakin dengan produk Uturn keluaran You Dun Chao Healthcare Products Sdn Bhd.
Terima kasih En Hazmi dan syarikat You Dun Chao Healthcare Products Sdn Bhd kerana membantu saya dan keluarga selama ini.
Nur Amirah Binti Mohd Adi
NRIC 940723-05-5604
HP: 017-3052231
Khasiat Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass
Pengguna Belalai Gajah mendengar taklimat daripada Pengarah Eksekutif You Dun Chao Healthcare Products Sdn. Bhd., Hazmi Haron, (tiga dari kiri), ketika melawat Ladang Belalai Gajah milik You Dun Chao Herbs Farm Sdn. Bhd di Jalan Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. |
ARTIKEL mengenai khasiat daun belalai gajah yang diterbitkan oleh ruangan ini pada 12 November tahun lalu mengundang reaksi di kalangan para pengguna daun herba itu.
Mereka tampil mahu berkongsi pengalaman masing-masing dengan harapan ia akan membantu ramai lagi orang yang mengalami penyakit yang kadang kala sukar untuk sembuh.
Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.
Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.
Dalam satu pertemuan di ladang belalai gajah milik You Dun Chao Herbs Farm Sdn. Bhd di Jalan Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini, pengguna produk daun belalai gajah jenama UTURN keluaran You Dun Chao Healthcare Products Sdn. Bhd. menceritakan pengalaman masing-masing mengenai khasiat daun berkenaan.
Muhammad Nur Shahir Mat Hussin, 24, mengidap aplastic aneamia sejak kecil.
Aplastic aneamia adalah satu keadaan yang mana sum-sum tulang tidak menghasilkan sel-sel baru yang mencukupi untuk mengisi sel-sel darah.
Penyakit itu menyebabkan beliau asyik tidur kerana keletihan dan tidak dapat tidur lena pada waktu malam kerana terlalu banyak makan ubat.
Menurutnya, pada tahun 2009, dia mengidap diabetes sehingga memaksanya mengambil insulin sebanyak empat kali sehari.
Bagaimanapun, kesihatannya mula berubah selepas mengambil produk daun belalai gajah pada Jun tahun lalu.
Jelasnya, mulai Oktober tahun yang sama, dia mengambil kapsul dan jus ekstrak belalai gajah dan keadaan kesihatannya semakin bertambah baik.
Pekerja kilang, Nur Amirah Mohd. Adi, 18, mengidap neprhotic syndrome sejak kecil.
Masalah tersebut merujuk kepada gangguan buah pinggang yang menyebabkan pengidapnya kurang kencing atau mengalami kencing tidak lawas.
Katanya, akibat penyakit itu, kaki menjadi bengkak, perut buncit dan berat badan bertambah, mata kuning serta tidak dapat tidur lena pada waktu malam.
"Ketika berumur lima tahun, saya pulih selepas mengambil steroid tetapi penyakit tersebut kembali berulang ketika berumur 16 tahun menyebabkan saya terpaksa berhenti sekolah,'' ujarnya.
Nasibnya mula berubah apabila diperkenalkan dengan produk belalai gajah oleh Pengarah Eksekutif You Dun Chao Healthcare Products Sdn. Bhd., Hazmi Haron sejak Mei tahun lalu.
Pelajar tingkatan satu, Muhammad Al Saddiq Fajar, 12, mengidap thalassaemia dengan kadar ferritin dalam darah yang tinggi iaitu pada bacaan 6,779.
Katanya, pada bulan September tahun lalu, dia mula mengambil cecair pati belalai gajah dan selepas itu, tubuhnya mula menunjukkan pemulihan dengan kadar ferritin menurun kepada bacaan 4,000 semasa ujian kesihatan dijalankan pada Oktober tahun lalu.
"Ketika sakit, saya perlu mengambil darah sebanyak dua paket sebanyak dua kali sebulan selain perlu menjalani rawatan mencuci darah," katanya.
Kesan pengambilan produk belalai gajah juga dapat dirasakan oleh kakaknya, Fatin Farhana Fajar, 15, yang turut mengidap penyakit yang sama.
Penasihat kewangan, Nasir Musa, 41, menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan tahap kolesterol tinggi.
"Sebulan saya mengambil produk ini, telah menunjukkan kesan secara fizikal yang mana bila saya membuang air kecil tidak lagi berbuih seperti biasa.''ujarnya
Demikian beberapa pengalaman daripada pengguna mengenai khasiat daun belalai gajah tersebut.
Bagaimanapun mereka yang ingin mencubanya tidak menganggap daun tersebut sebagai kaedah merawat atau ubat sebaliknya hanya membantu mengatasi masalah yang mereka alami.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130128/ag_02/Daun-belalai-gajah#ixzz2SswB8JO4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pengidap Kanser Tahap 4 Sembuh Selepas Makan Belalai Gajah
SEMUANYA bermula apabila ibu rakannya disahkan mengidap kanser perut tahap empat pada September 2010.
Doktor yang merawat wanita itu mengesahkan dia hanya boleh hidup dalam tempoh tiga bulan sahaja.
Wanita itu kemudiannya diperkenalkan dengan daun belalai gajah yang dimakannya setiap hari dan sehingga hari ini.
Berdasarkan laporan Majlis Kanser Nasional (MAKNA), 11 juta orang dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit kanser dengan 6 juta daripadanya meninggal dunia akibat kanser di seluruh dunia.
Di Malaysia, kira-kira 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan mengidap kanser setiap tahun. Statistik itu menunjukkan sebanyak tiga daripada empat pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh.
Keajaiban yang dialami ibu rakannya itu mendorong Pengarah Eksekutif You Dun Chao Herbs Farm Sdn. Bhd., Hazmi Haron, untuk tampil memodenkan fungsi daun belalai gajah bagi memenuhi harapan ribuan pesakit kronik di negara ini.
"Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi bagi mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.
"Orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes dan gastrik boleh mendapatkan manfaat daripada daun belalai gajah ini," katanya ketika ditemui di Seremban, baru-baru ini.
Hazmi menarik perhatian, meski pun kelebihan daun belalai gajah sudah lama diketahui oleh orang ramai, ia masih ada kekurangannya.
Katanya, daun itu hanya dijual dalam bentuk yang asalnya dan pengidap kanser perlu memakan daun itu sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa gagal dalam usaha memerangi sel barah.
"Ia tentu sukar terutamanya di kalangan mereka yang tidak biasa memakan sayur atau ulam selain daun ini sukar diperoleh di semua tempat," ujarnya.
Berikutan itu, katanya, syarikatnya telah menghasilkan ekstrak daun belalai gajah yang dijadikan suplemen dalam bentuk moden yang mudah diambil.
Terdapat empat jenis produk iaitu daun segar, serbuk dengan campuran perisa, kapsul dan teh uncang.
"Bagi menghasilkan produk ini, kami membuka ladang menanam pokok belalai gajah seluas 15 ekar yang disewa daripada peneroka Felda Sendayan mulai 14 Disember tahun lalu.
"Ladang ini adalah model ladang herba kluster Rembau di bawah Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) dan kami adalah usahawan di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan," katanya.
Menurutnya, pokok belalai gajah mula ditanam pada Januari tahun ini dan tuaian yang pertama dibuat pada Mac dengan setiap ekar mampu menghasilkan kira-kira 1 tan daun tersebut.
Katanya, daun yang dipetik akan dihantar ke kilang TPM Bio-Tech di Raub, Pahang untuk diekstrak sehingga menjadi produk.
"Daun akan dicuci sebelum dikeringkan dengan ketuhar dan direbus sehingga pekat. Cecair itu kemudian akan diekstrak menjadi serbuk," ujarnya.
Pada masa ini, produk serbuk dengan jenama UTurn dibuat dengan campuran perisa epal hijau dan lemon tanpa bahan kimia. Ia juga tidak menggunakan gula tetapi fruktus seberat 20 gram untuk setiap uncang.
Suplemen itu dihasilkan dengan pematuhan kepada Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.
Hazmi berkata, pada masa ini, syarikatnya menghasilkan sebanyak 2,000 kotak UTurn seminggu yang diedarkan di lebih 2,500 outlet di Lembah Klang.
"Kami bercadang untuk mengeluarkan 4,000 kotak seminggu sebaik saja kapasiti pengeluaran kilang ditingkatkan," tambahnya.
Produk UTurn telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar semasa Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan (MAHA NS 2012) di Seremban pada Julai lalu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20121112/ag_01/Belalai-gajah#ixzz2Ssr01ma2
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)